Loading...
1. Bilakah tarikh permohonan dibuka?
Permohonan dibuka mulai 1 Julai 2024 sehingga 31 Oktober 2024.
2. Apakah syarat-syarat permohonan?
Syarat utama permohonan adalah pemohon perlu berasal dari Negeri Pulau Pinang. Sekiranya bukan berasal dari Negeri Pulau Pinang, pemohon mesti bersekolah sekurang-kurangnya lima (5) tahun di Negeri Pulau Pinang. Sila rujuk syarat-syarat permohonan di ruangan Info Pinjaman.
3. ADAKAH PEMOHON BOLEH MEMOHON UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE LUAR NEGARA?
Tidak. Pinjaman hanya untuk pemohon yang ingin melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia sahaja. Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
4. Apakah dokumen yang diperlukan?
Dokumen yang diperlukan :-
a. Salinan Kad Pengenalan;
b. Salinan Sijil Kelahiran;
c. Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan (Testimonial) Sekolah Menengah;
d. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) dan lain-lain sijil yang setaraf;
e. Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan lain-lain sijil yang setaraf;
f. Salinan Surat Tawaran daripada IPTA/IPTS.
5. ADAKAH DOKUMEN PERLU DIMUAT NAIK?
Ya, Dokumen perlu dimuat naik. Dokumen berbentuk JPEG dan PDF bersaiz tidak lebih 2MB sahaja.
6. BOLEHKAH PELAJAR MENERIMA TAJAAN ATAU PINJAMAN LAIN SEKIRANYA TELAH MENDAPAT PINJAMAN INI ?
Tidak, Pelajar perlu memilih salah satu tajaan atau pinjaman sahaja.
7. BERAPA LAMAKAH TEMPOH BAYARAN BALIK DAN FAEDAH YANG DIKENAKAN?
Faedah yang dikenakan adalah 1% daripada jumlah pinjaman keseluruhan. Tempoh bayaran balik bagi peminjam mulai Sesi 2023/2024 adalah seperti berikut :-
Jumlah Pinjaman (RM) Tempoh Bayaran Balik
Kurang dari 10,000.00
(2,000.00 hingga 9,000.00)
5 Tahun
(60 bulan)
Dari 10,000.00 hingga 20,000.00 6 Tahun
(72 bulan)
21,000.00 dan lebih 7 Tahun
(84 bulan)
8. Bilakah peminjam perlu membuat bayaran balik pinjaman?
Bayaran balik perlu dibuat selepas 6 bulan dari tarikh tamat pengajian.
9. BERAPAKAH KADAR PINJAMAN YANG DIBERIKAN?
Kadar pinjaman adalah seperti berikut :-
Peringkat Pengajian Kadar Setahun (RM)
Ijazah Sains 6,000.00
Ijazah Sastera 5,000.00
Diploma Lanjutan Sains 5,000.00
Diploma Lanjutan Sastera 4,000.00
Diploma 4,000.00
Sijil 2,000.00
Ijazah Sains (PJJ – 5 thn) 5,000.00
Ijazah Sastera (PJJ – 4 thn) 4,000.00
Diploma (PJJ – 3 thn) 3,000.00
Sarjana (3 thn) 6,500.00
PHD (3 thn) 8,000.00
10. BOLEHKAH SAYA MEMBUAT PINJAMAN KALI KEDUA UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE PERINGKAT SETERUSNYA?
Tidak boleh. Peminjam perlu menyelesaikan keseluruhan pinjaman yang pertama sebelum memohon pinjaman untuk kali kedua.
11. ADAKAH BORANG PERJANJIAN (AGREEMENT) PERLU DIMATIKAN SETEM DAN BERAPA KADARANYA?
Ya. Ketiga-tiga set borang perjanjian perlu dimatikan setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan kadar RM10.00 setiap set.
12. ADAKAH SAYA BOLEH MENANGGUHKAN BAYARAN BALIK PINJAMAN SEKIRANAYA SAYA MENERUSKAN PENGAJIAN KE PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI?
Boleh. Bayaran balik boleh ditangguhkan dengan syarat peminjam masih meneruskan pengajian. Sila log masuk Sistem ePPN untuk membuat permohonan.
13. ADAKAH PENJAMIN BOLEH MEMBUAT BAYARAN BALIK PINJAMAN PEMINJAM?
Boleh. Penjamin perlu mendaftar di Sistem ePPN.
14. ADAKAH PENJAMIN BOLEH MEMBUAT PINJAMAN SEKIRANYA PEMINJAM YANG DIJAMIN BELUM MENYELESAIKAN PINJAMAN?
Tidak Boleh. Peminjam yang dijamin perlu menyelesaikan keseluruhan pinjaman terlebih dahulu.
15. DIMANAKAH PENJAMIN INGIN MEMBUAT SEMAKAN STATUS KEBANKRAPAN?
Penjamin boleh menyemak status kebankrapan di laman sesawang https://e-insolvensi.mdi.gov.my/ dengan kadar bayaran yang ditetapkan.
16. ADAKAH PINJAMAN INI BOLEH DIUBAH KEPADA BIASISWA?
Boleh. Sila rujuk syarat-syarat di ruangan Insentif.